Radio polisi

From KampungChat Wiki
Jump to navigation Jump to search

Peraturan Radio KampungChat

KampungChat IRC Network mempunyai radio rasmi server yang dikenali sebagai KCFM yang telah beroperasi sejak tahun 2006. #kcfm merupakan channel rasmi radio server kampungchat. Namun, kampungchat juga membenarkan user untuk menubuhkan radio sendiri di server kampungchat dengan syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan:

1. Radio baru tersebut hanya akan beroperasi di server kampungchat sahaja dan radio tersebut Tidak dibenarkan beroperasi di mana-mana server lain dalam IRC. Sekiranya pemilik radio didapati melanggar peraturan ini, maka radio tersebut akan diban dari server kampungchat.

2. Pemilik radio bertanggungjawab terhadap pengurusan radio dan kakitangannya.

3. Radio tidak dibenarkan membuat iklan tentang server lain atau spamming.

4. Radio tidak dibenarkan menghina/memperkecilkan/mempersenda dan menjatuhkan maruah user lain di server kampungchat.

5. Pemilik radio juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dengan staff kampungchat sekiranya diperlukan.


Kepada semua pemilik radio di server kampungchat SEHARUSNYA mematuhi dan memahami setiap peraturan mengenai radio sepertimana yang termaktub dalam polisi server kampung. Tindakan terhadap radio dan pemiliknya boleh diambil pada bila-bila masa oleh staff server kampungchat sekiranya didapati melanggar polisi radio server kampungchat.